Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Pusat ini telah dibina hasil usaha kerajaan menerusi Jabatan Perhilitan pada tahun 1990 di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni.
No comments:
Post a Comment